BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 14, 2012

jam sudah menunjukkan 4.27 ptg,maka masuklah waktu solat fardhu asar bagi negeri Pulau Pinang dan kawasan yang sewaktu dengannya...

dengan ini,1433 hijrah sudah melabuhkan tirainya dan tahun baru 1434 hijrah akan bakal mewarnai kehidupan kita yang seterusnya nanti...

namun,persoalannya...apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi kehidupan di bumi Allah yang serba mencabar ini?

biar apa pun yang terjadi,kita sebagai manusia seharusnya sedar bahawa setiap daripada kita punya peranan yang tersendiri....

semua ini adalah untuk apa?

ya,semua ini adalah untuk memakmurkan bumi Allah ini...

dan kita sebagai manusia diciptakan Allah bukan untuk saja2

tapi kita ke sini punya matlamat yang satu...
apa matlamat itu???

redhaNya lah yang sebenarnya menjadi tujuan utama kita ke sini

hidup sememangnya indah, jadi hidupkanlah hari-hari anda dengan segala kelebihan dan potensi yang ada dalam diri

dan cuba perbaiki segala kelemahan yang ada

ya benar, hidup cuma datang sekali...

tetapi harus diingat peluang yang datang sekali tu la yang seharusnya kita ambil sebaik-baiknya...

sebab apa yang kita buat tu akan meninggalkan kesan sama ada sementara ataupun kekal...

jadi,berhati-hati lah dengan setiap tindakan kita...

kerana hanya kerana tindakan kita yang sedikit itu mampu memberi khabar gembira mahupun luka pedih pada hati kita dan juga orang-orang di sekeliling kita...

panjangnya mukadimah,hehe....

tapi apa yang cik farah awien nak sampaikan ini adalah bersempena dengan tahun baru 1433 hijrah yang baru je masuk tadi...

let bygones be bygones....

yang kita nak kejar sekarang adalah yang ada kat depan mata...

doktor dengan perubatannnya...

jurutera dengan sistem ciptaannya...

guru dengan ilmu serta didikannya...

usahawan dengan perniagaannya...

masing-masing dengan peranan yang diberikan...

kalau semua jalan elok,maka hidup di dunia pun bahagia,mati pun senang,di akhirat nanti boleh berjumpa denganNya di Jannah,aminnnnnnnnnn...

SALAM MAAL HIJRAH 1433!



0 comments: