BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 27, 2013

im back!

assalamualaikum semua...

cik farah awien kini kembali setelah sekian lama menyepi dalam berblogging ni...maklumlah,busy sgt sampai tak sempat nak update blog ni...blog ni pun dah menjadi sangat bersawang,jadi terpaksalah tuan empunya blog ni kena kemaskan balik semua...

actually,cik farah awien baru je habis berpraktikal selama 4 bulan...tempat praktikal memang best dan banyak benda yang dapat diperoleh sepanjang berpraktikal kat situ...kalau nak cerita,alamatnya sampai bila nak habis pun tak tau la...apapun,praktikal memang banyak mengajar aku terutamanya untuk menjadi seorang pekerja yang berdedikasi,produktif,efektif lagi inovatif,hihi...

sekarang ni tengah gigih memikirkan apa la yang sepatutnya nak disumbat masuk ke dalam report...bukannya 4,5 mukasurat tapi 50 mukasurat paling minimum,siap dengan hardcover plus tulisan benang emas...makanya,kenalah buat report ni kaw2 punya,barula markah nanti pun kaw2 jugak,aminnn...

at the same time,cik farah awien pun tengah mencari kerja ni,hehe...maklumlah,saya ni kan dah besar panjang,kena kerja cari duit untuk family,masa depan,dan pelbagai lagi perkara yang kadang-kadang tu,sebenarnya kalau ikutkan mood malas ni,memang takkan mungkin la nak fikir semua benda2 kat atas tu...

ingat!walau apapun yang terjadi,kita kena tengok balik dimana silap kita dan kita sama-sama la perbaiki diri supaya hidup kita harmoni dan bahagia,insyaAllah...

jangan pernah menyalahkan orang lain,cermin diri dan audit di mana silapnya kita...

dan....

jadilah hamba yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diberikanNya...

mudah-mudahan hidup kita selamat dunia akhirat...

baiklah,cukup sampai disini saja...

cik farah awien pen off dulu...

assalamualaikum...




Wednesday, November 14, 2012

jam sudah menunjukkan 4.27 ptg,maka masuklah waktu solat fardhu asar bagi negeri Pulau Pinang dan kawasan yang sewaktu dengannya...

dengan ini,1433 hijrah sudah melabuhkan tirainya dan tahun baru 1434 hijrah akan bakal mewarnai kehidupan kita yang seterusnya nanti...

namun,persoalannya...apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi kehidupan di bumi Allah yang serba mencabar ini?

biar apa pun yang terjadi,kita sebagai manusia seharusnya sedar bahawa setiap daripada kita punya peranan yang tersendiri....

semua ini adalah untuk apa?

ya,semua ini adalah untuk memakmurkan bumi Allah ini...

dan kita sebagai manusia diciptakan Allah bukan untuk saja2

tapi kita ke sini punya matlamat yang satu...
apa matlamat itu???

redhaNya lah yang sebenarnya menjadi tujuan utama kita ke sini

hidup sememangnya indah, jadi hidupkanlah hari-hari anda dengan segala kelebihan dan potensi yang ada dalam diri

dan cuba perbaiki segala kelemahan yang ada

ya benar, hidup cuma datang sekali...

tetapi harus diingat peluang yang datang sekali tu la yang seharusnya kita ambil sebaik-baiknya...

sebab apa yang kita buat tu akan meninggalkan kesan sama ada sementara ataupun kekal...

jadi,berhati-hati lah dengan setiap tindakan kita...

kerana hanya kerana tindakan kita yang sedikit itu mampu memberi khabar gembira mahupun luka pedih pada hati kita dan juga orang-orang di sekeliling kita...

panjangnya mukadimah,hehe....

tapi apa yang cik farah awien nak sampaikan ini adalah bersempena dengan tahun baru 1433 hijrah yang baru je masuk tadi...

let bygones be bygones....

yang kita nak kejar sekarang adalah yang ada kat depan mata...

doktor dengan perubatannnya...

jurutera dengan sistem ciptaannya...

guru dengan ilmu serta didikannya...

usahawan dengan perniagaannya...

masing-masing dengan peranan yang diberikan...

kalau semua jalan elok,maka hidup di dunia pun bahagia,mati pun senang,di akhirat nanti boleh berjumpa denganNya di Jannah,aminnnnnnnnnn...

SALAM MAAL HIJRAH 1433!



Thursday, October 25, 2012

berkorban apa saja...

assalamualaikum

cik farah awien telah kembali setelah lama tak update blog ni....

dah bersawang blog ni,haizzzzzzzzz....-_-

tak pe la,sejak hari ni hari cuti2 malaysia

cik farah awien nak bagitau yang hari ni cuti raya aidiladha dah bermula

so,hari ni i dah boleh dok kat rumah....

tolong mommy kat dapur masak apa semua,

then spend time dgn my daddy n adik ku yang tingtong,huargh3...

seminggu ni,aku nak berjimba sepuas-puasnya...

sampai hari ahad,alahai

boleh tak aku nak cakap

NAMOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO balik UUM!

kasik can la kat aku nak dok kat rumah kejap...

minggu ni berkorban assignment,kelas bagai demi nak berjimba raya korban kat rumah....

next week pulak berkorban tak balik lama sebab nak membusykan diri kat hutan sintok tu

tambah pulak dah last sem macam ni,lagi la banyak benda yang nak kena pikir...

kepada seluruh muslimin muslimat,SALAM AIDILADHA semua....

assalamualaikum...

ikhlas daripada farah awien n family.


Friday, August 24, 2012

terbaik raya!


assalamualaikum semua,

hari ni dah masuk raya yang ke 6 

dan raya kali ni memang best la

sebab dapat g open house,makan2 

sedara mara datang kat rumah,memang kecoh la rumah dibuatnya...

beraya kat rumah kengkawan,buat ramai kat rumah depa

makan,makan,dan makan lagi plus dapek duit rayo....

ni la yang paling menjadi idaman setiap yang berkunjung untuk beraya

motif utamanya adalah duit raya!haha..

dipendekkan cerita,raya kali ni memang yang terbaik la....

sebab bukan takat orang je yang beraya

tv pun tumpang sekaki join beraya jugak...

nindia,ambik hang...macam-macam rancangan raya yang depa tunjuk

dari channel tv1,tv2,tv3,ntv7,tv9,astro ke tak astro ke,semuanya berebut nak tunjuk rancangan raya...

tak gitu kan...

apepun,raya kan sebulan..jadinya,marilah kita beraya sepuas-puasnya tapi jangan sampai tak ingat dunia pulak...

selamat hari raya semua...

terbaik raya...




Saturday, August 11, 2012

gemuruh suara...

assalamualaikum...

motif topik entry aku ni sebenarnya pasal semangat kesukanan(erk,masa bila aku jadi semangat dalam sukan ni?-_-')

kalau dah pasal semangat kesukanan tu,apa lagi pasal olimpik la yang tengah berlangsung kat london tu

aku bukan nak membebel pasal sejarah dia la,benda2 tu semua...yang tu orang pun boleh cari kat hencik gugel...

aku nak cerita pasal atlit kita ni la...

kan baru-baru ni kita dapat dua pingat walaupun bukan emas...

tapi yang aku salute adalah semangat penyokong kita masa atlit kita dok lawan...

dan satu ja yang aku suka pasal penyokong kita ni,kalau bab sorak memang serah kat kita la...

itu la yang buat aku rasa best sangat bila tengok depa bersorak...

dan setiap kali bila atlit kita masuk final ka,menang pingat ka,confirm akan jadi trend kat twitter...

dalam masa tu la,kalau depa nak tweet mesti ada ja kena mengena pasal atlit tu...

tapi yang paling penting aku nak bagitau,rakyat Malaysia punya semangat memang terbaik!

p/s:to pandalela n lcw,korang memang terbaik....at least nama Malaysia naikjugak dalam list pingat olimpik...


Wednesday, August 8, 2012

ke hadapan baskin robbins yang dikasihi...

assalamualaikum wbt dan salam ramadhan kareem kepada semua...

hari ni,ada yang nak bagi benda free,aik?

benda free,ni la saat yang ditunggu-tunggu oleh semua,haha...

baskin robbins akan bagi ecekelim aka icecream FREE uolsss!!!!!!!!!!!

WALAWEH,SAPA TAK MAU BENDA FREE???!!!

HABAQ MAI SAT!!!

walaupun depa bagi free tu dalam masa 2 jam ja,dari pukul 8 sampai 10 malam,habih ja depa ni,trus supermarket tutup kedai...

takat 1 scoop ja,mau rega dia rm 7.95...sebab tu la orang beratoq panjang,mau kat 1 kilometer woo baq hang...

hangpa rasa kan antara BR dengan solat tarawih(tak kisah la,kat masjid ka,kat ghumah hangpa ka),mana yang hangpa mau?

ceq tau jawpan dia,mesti BR kan???

alahai,memanglah sapa tak mau aiskrim free tapi sanggup ke hangpa nak beratoq punya panjang sampai ke luaq supermarket tu,wow memang daebak la...

hangpa bayangkan,mai turn hangpa,alih2 orang tu kata

''cik,aiskrim dah habis la,mintak maaf ye'',sambil membuat muka tupai....

tepuk dahi hangpa!!!ha,tu la dok Baskin Robbins lagi?

apa pun tak boleh!apa pun tak boleh!

kepada yang tengah beratur,selamat beratur dan enjoy aiskrim anda,hehe...

DAN...

kepada yang tak dapat nak pergi beratur tu termasuklah empunya diri ini,tak pe...kita tunggu 2016 nanti,kalau LCW,abg jijoe,kennie,dan atlit negara yang lain menang emas,aku rasa bukan 1 scoop tapi satu kedai depa boleh bagi,haha...

ill be back....ngehhhhh.....


ill be back,2pm memang daebak!erkk,tak de kena mengena,kbai!

hah,yang ni la orang tunggu sampai 2 jam semata nak dapat  benda ni jah!aigooo!!!-_______-


ok la,sampai sini sahaja entry untuk kali ini,hingga berjumpa lagi....dadaaaaa.....





Saturday, July 21, 2012

speechless saturday...

sama tak depa dua orang ni?


haha...


selamat berpuasa kepada semua!

:D