BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 8, 2012

ke hadapan baskin robbins yang dikasihi...

assalamualaikum wbt dan salam ramadhan kareem kepada semua...

hari ni,ada yang nak bagi benda free,aik?

benda free,ni la saat yang ditunggu-tunggu oleh semua,haha...

baskin robbins akan bagi ecekelim aka icecream FREE uolsss!!!!!!!!!!!

WALAWEH,SAPA TAK MAU BENDA FREE???!!!

HABAQ MAI SAT!!!

walaupun depa bagi free tu dalam masa 2 jam ja,dari pukul 8 sampai 10 malam,habih ja depa ni,trus supermarket tutup kedai...

takat 1 scoop ja,mau rega dia rm 7.95...sebab tu la orang beratoq panjang,mau kat 1 kilometer woo baq hang...

hangpa rasa kan antara BR dengan solat tarawih(tak kisah la,kat masjid ka,kat ghumah hangpa ka),mana yang hangpa mau?

ceq tau jawpan dia,mesti BR kan???

alahai,memanglah sapa tak mau aiskrim free tapi sanggup ke hangpa nak beratoq punya panjang sampai ke luaq supermarket tu,wow memang daebak la...

hangpa bayangkan,mai turn hangpa,alih2 orang tu kata

''cik,aiskrim dah habis la,mintak maaf ye'',sambil membuat muka tupai....

tepuk dahi hangpa!!!ha,tu la dok Baskin Robbins lagi?

apa pun tak boleh!apa pun tak boleh!

kepada yang tengah beratur,selamat beratur dan enjoy aiskrim anda,hehe...

DAN...

kepada yang tak dapat nak pergi beratur tu termasuklah empunya diri ini,tak pe...kita tunggu 2016 nanti,kalau LCW,abg jijoe,kennie,dan atlit negara yang lain menang emas,aku rasa bukan 1 scoop tapi satu kedai depa boleh bagi,haha...

ill be back....ngehhhhh.....


ill be back,2pm memang daebak!erkk,tak de kena mengena,kbai!

hah,yang ni la orang tunggu sampai 2 jam semata nak dapat  benda ni jah!aigooo!!!-_______-


ok la,sampai sini sahaja entry untuk kali ini,hingga berjumpa lagi....dadaaaaa.....





Saturday, July 21, 2012

speechless saturday...

sama tak depa dua orang ni?


haha...


selamat berpuasa kepada semua!

:D

 

awan yang suka dok teriak...

assalamualaikum,

apa khabaq semua?

esok kita dah nak puasa,dah tu hangpa tak reti nak p lena ka?

satgi bangkit soq pun baloq liat,haha...

ciee,saja la cik farah awien nak buat intro loghat utara,loghat kebanggaanku...

ok la,hari ni cik farah nak share dengan korang semua tentang awan yang suka dok teriak ni...

mesti hangpa heran,apa dia cik farah ni dok meghaban pagi buta ni?

tak dak aih,sebenarnya nak cerita pasal awan yang teriak,kalau payah sangat nak paham

maksud dia awan yang menangis la,tu kalau loghat standard...

loghat utara sebut perkataan tu teriak...hehe

macam mana awan tu teriak aka menangis?

kalau nak tau,sila-silakan lah anda tekan pada link ini untuk mengetahui kisah yang seterusnya...

~awan yang menangis~

salam ramadhan buat semua....jazakallah...

:)




Wednesday, July 18, 2012

ahlan wa sahlan ya Ramadhan...

Assalamualaikum,selamat petang semua...

tak lama lagi,bulan Syaaban akan melabuhkan tirainya dan tibalah satu bulan yang ditunggu-tunggu oleh sekalian para muslimin iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak...

bulan Ramadhan datang setahun sekali je,jadi gunakanlah bulan ini sebagai bulan untuk kita menyucikan diri daripada segala2nya

dlm bulan Ramadhan ni,ada 30 hari...dan setiap pecahan daripada 30 hari tersebut mempunyai maknanya yang tersendiri,Subhanallah...

10 malam pertama- Rahmat kepada seluruh alam
10 malam kedua- Keampunan dari segala dosa yang dilakukan
10 malam terakhir- Pembebasan daripada api neraka

oleh itu,marilah kita sama2 upgrade segala amalan kita supaya kita akan menjadi mukmin yang disayangiNya serta bahagia dunia akhirat...amin Ya Rabb...

sebelum datangnya bulan yang mulia ini,cik farah awien ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sangat2 kepada sesiapa yang mengenali diri yang penuh dengan khilaf dan dosa ini jika ada salah dan silap yang mungkin farah buat sama ada secara sedar atau tidak dan farah akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian dunia akhirat...sayang kamoo semua...

ikhlas dari hamba Allah yang kerdil ini, Farah Syazwin binti Mohd Sabri...






Monday, July 16, 2012

chef...

assalamualaikum...

we are now in the month of July and it is almost half of 2012!

now,that is so fast and for that we need to move fast,too...

im now in a holiday mood but i need to settle few things before the next semester begins in september...

fuhh,what a hectic day!(duhh,please stop pretending that ure busy!slap urself now...)

ok,today...this would be my first post in July...its been a while you know because i havent touched my blog and now im back for it

the main subject for today is about chef...

chef is a person who cooks everything as long as it can be cooked...

they contribute a lot you know...

nowadays,there are reality shows about cooking everywhere...

and as usual,now everyone wants to be famous cookers...

like chef wan,chef two,and the list goes on and on...

currently,there is a show which is very popular and now playing on tv....

Masterchef celebrity Malaysia...

and what i can say is that...

the show is cool,crazy,very pressured,and a tough competition among local celebs...

some of them are really like pros...

and some of them also like from zero to a mighty hero...

we can really know who is the best celebrity chef ever and is capable of serving best dishes in various themes...

excited to watch the finals...

gtg...

:)

Saturday, June 9, 2012

cinta tak harus memiliki...

Assalamualaikum semua...cik farah awien kini kembali dengan entry terbaru dan kali ni macam lain sikit la,sekali sekala kita kena jugak syahdu2 sikit,hee...erm,pada pendapat aku lah kan kita dah ada rasa sayang dan cinta pada seseorang tapi kalau dia bukan untuk kita,setinggi mana cinta kita pada seseorang itu,dia tetap bukan milik kita...sebab tu la boleh ada istilah yang berbunyi...

cinta tak harus memiliki...


kalau kita tengok istilah ni,memang kita akan rasa sedih dan pilu sebab orang yang kita sayang belum tentu lagi akan jadi milik kita...lagipun,kita tak akan tahu siapa jodoh kita kecuali kita benar-benar yakin bahawa dia memang diciptakan untuk kita...

ini adalah antara tips untuk melihat apakah si dia itu jodoh kita?insyaAllah...amin ya Rabb:)


10 petanda dia itu JODOH kita...

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.


Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai


Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.


Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.


Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.


Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.


Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?


Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.


Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.


hemmm,kalau ada tanda-tanda ni maksudnya jodoh kita kuat dengan dia....gud luck guys!

:)

Friday, May 18, 2012

Assalamualaikum and good evening to everyone!haha...im back but this time ill be doing all my entries in english,well if not 100%,almost all of them...ok then,let me start with the day when i went to a farm...

ok,maybe i sound nerdy or anything similar that resembles the same meaning,actually i just wanna share something about this farm thingy,hmmm....i know its kinda boring talking about this but believe me,once u have discover it,then u will yearn for it over and over again...

ive been to this land where tonnes of corn crops are available,and im just so amazed because the scenery is so beautiful,and seriously if there's any video production want to shoot their music video,yeahh this is perfect for them!

here are some photos of me and my friends @ the corn farm...see ya guys later with more entries from me!dada everyone!

zoom....

hey,guess who?her name's nana,we call her 'puteri ketinggian' because look at her,so petite and cute!

ok,i do love this pic seriously...please ignore those two people!(><)



corn....corn....corn....

more corns....hehe...


yup,thats me...my yellow inner and da corn crops have the same color!tadaaaaa!!!












         



i love corns...tasty,yummy,and makes me happy!C.O.R.N,thats da name!